Thursday 1 November 2012

Jom Berkebun


Akvitivi berkebun yang dikelolakan oleh Cik Anisah yang sedang menjalani latihan praktikum.

Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat ditunjukkan serba sedikit cara-cara berkebun, serta menanam minat anak-anak terhadap hobi berkebun serta cintakan alam semulajadi.  Anak-anak kecil pasti minat berkebun kerana inilah masanya dapat main tanah. Sekiranya aktiviti hanya terhad kepada dalam bilik darjah sahaja sudah pasti kanak-kanak akan berasa bosan.


Saturday 20 October 2012

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SKBT 2012



Kejohanan berlangsung di Stadium Mini Temerloh pada 17 Okt 2012. Murid-murid mula berkumpul di stadium seawal jam 7.30 pagi. Antara acara yang dipertandingkan adalah 50m, 100m, 200m, 4 x 25m, 4 x 50m dan 4 x 100m untuk kategori yang berbeza.

Kejohanan dirasmikan oleh YDP PIBG SK Bandar Temerloh iaitu Tn. Hj Aminuddin B. Awang Derani.

Thursday 18 October 2012

Sukaneka Prasekolah


Berlangsung pada 16 Oktober lalu di Dataran Kejat, SK Bandar Temerloh. Melibatkan kedua-dua kelas dengan kehadiran murid yang sungguh memberansangkan. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Merah, Biru, Hijau dan Kuning.

Monday 1 October 2012

Trip Ke Kuala Gandah; Jom tengok gajah!


     Satu trip ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah telah berjaya dilaksanakan pada 26 September yang lalu. Seramai 53 orang murid dari Pra Gemilang, Pra Cemerlang dan Pra Khas Mutiara terlibat dengan lawatan ilmiah ini dan diiringi dengan 10 orang guru pengiring yang terdiri daripada guru dan staff SKBT. Terima kasih kepada semua guru pengiring yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai program yang dianjurkan oleh prasekolah.

Monday 10 September 2012

Jamuan Aidilfitri Prasekolah



Jamuan Hari Raya Prasekolah bertempat di Prasekolah Cemerlang pada 6 September lalu. Terima kasih kepada semua tetamu yang terdiri dari warga kerja SK Bandar Temerloh yang hadir.

Friday 31 August 2012

Interaktif: Nombor Dalam Perkataan

Program Interaktif Prasekolah
Tajuk: Nombor dalam perkataan
Password: ilhamprasekolah

Screenshot program:


 



Klik butang DOWNLOAD di bawah untuk muat turun program

Friday 10 August 2012

2012: Tahun 6

KELAS TAHUN 6 SESI 2012

CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA AIDILFITRI 2012

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Ogos 2012 telah bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos 2012 ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012 yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012. Dengan ini semua pihak mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
KPM dengan ini memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk memohon cuti berganti melalui Pendaftar masing-masing untuk kelulusan melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 bertarikh 9 Ogos 2012. Bagi tujuan penyelarasan, pihak KPM mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan pada 16 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 8 September 2012 manakala cuti berganti persekolahan pada 17 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 22 September 2012.

Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Wednesday 8 August 2012

Di Sebalik Tabir: Fotografi Kelas Tahun 6

Aktiviti sepanjang Ramadan oleh Team Multimedia SKBT - Shoot gambar mengikut kelas pada waktu rehat. Giliran dimulakan dengan murid-murid Tahun 6 bersama dengan guru kelas masing-masing. Gambar mengikut kelas akan diupload kemudian.


Sunday 5 August 2012

Malaysia Merdeka 55 tahun


ERTI KEMERDEKAAN

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.
   

Thursday 2 August 2012

Prasekolah Cemerlang 2012

Wajah murid-murid Prasekolah Cemerlang tahun 2012 semasa di Bulan Januari dan yang terbaharu di Bulan Ogos.

Januari 2012


Ogos 2012

MAKLUMAT KELAS PRASEKOLAH CEMERLANG
(KLIK PADA LINK DI ATAS)

Wednesday 1 August 2012

KPM: Program Amalan Terbaik dalam P&P Prasekolah 2012

Guru SKBT 1955 (Dikenali sebagai Sekolah Melayu Temerloh Town)

Inilah wajah-wajah guru SK Bandar Temerloh sesi 1955/56 yang pada ketika itu dikenali dengan nama Sekolah Melayu Temerloh Town. Legasi mereka menyumbang bakti dan jasa di sini diteruskan oleh generasi guru-guru selepas mereka dan kini oleh guru-guru SK Bandar Temerloh sekarang.


GURU BESAR ketika itu, En. Mohamed B. Tahir


Jasamu dikenang

Friday 27 July 2012

UPSR 2012: Satu matlamat

Wajah-wajah calon UPSR SK Bandar Temerloh tahun ini. Semoga berjaya diucapkan dan semoga kejayaan menjadi milik anda.







Saturday 21 July 2012

Thursday 19 July 2012

Borang Pentaksiran Individu & Kelompok Pendidikan Islam KSSR Tahun 2 (2012)

Assalamualaikum wbt..
Kepada sesiapa yang ingin memuat turun borang pentaksiran individu dan kelompok Pendidikan Islam KSSR Tahun 2 (2012) sila ke link di bawah
Sebarang komen sangat dialu-alukan untuk penambahbaikan dari kami untuk anda.

BORANG INDIVIDU

BORANG KELOMPOK

PASSWORD: skbtblog

Sunday 15 July 2012

Senamrobik 1 Malaysia



Sekitar program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1 Malaysia yang dijalankan pada 10 Julai lalu.

Friday 13 July 2012

Menjejak Tokoh


Jika anda adalah orang yang kami cari, hubungi pada talian yang tertera atau email kami di skbt_blog@yahoo.com

Friday 1 June 2012

Review Ilham Prasekolah


Download pelbagai bahan menarik termasuk clipart dan bahan-bahan ABM di group facebook kami Ilham Prasekolah.

Bersama-sama berkongsi idea dan bahan bersama-sama kami.


Sunday 20 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Program Sambutan Hari Guru SK Bandar Temerloh telah selamat berlangsung pada 16 Mei yang lalu. Acara guru yang dijalankan termasuklah:

1. Sukaneka (Menjaring bola dan baling bola pingpong)
2. Bola Baling
3. Badminton
4. Pertandingan Persembahan Kreatif

Wednesday 2 May 2012

Modul 1 Malaysia Prasekolah

Modul Aktiviti 1 Malaysia Peringkat Prasekolah. Klik butang "Download" di bawah untuk muat turun Modul.




Password: skbtblog

Sunday 15 April 2012

Mudah mendownload dengan Internet Download Manager



Kelebihan Internet Download Manager (IDM) adalah ia mampu memberikan anda kepantasan mendownload sehingga lima kali ganda. Jika proses download selama ini kerap terganggu akibat masalah internet, laptop kehabisan bateri ataupun masalah gangguan elektrik, tak perlu bimbang lagi kerana kebanyakannya mampu disambung semula (resume) oleh oleh IDM. Bentuk antaramukanya juga mudah dan senang digunakan.

Friday 9 March 2012

Pelancaran Sekolah Penyayang 2012


Guru Besar bersama-sama Guru-guru SK Bandar Temerloh mengalu-alukan kehadiran murid- murid seawal jam 7.00 pagi sempena Majlis Pelancaran Guru Penyayang di SK Bandar Temerloh yang berlangsung pada 9 Mac 2012.

Objektif Program Guru Penyayang:
  1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
  2. Menginsafi bahawa kehadiran murid adalah rahmat kepada sekolah.
  3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
  4. Menghargai sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada pihak sekolah.
Majlis Pelancararan dilaksanakan oleh Guru Besar, YM Raja Ibrahim B. Raja Deraman


Friday 2 March 2012

Warga Pendidikan Khas SKBT 2012

Pentadbiran sekolah bersama guru-guru Pendidikan Khas dan Masalah Pembelajaran


Untuk cetakan gambar beresolusi tinggi tanpa watarmark, sila hubungi En. Firdaus (firdausmohdyasin@yahoo.com)

Friday 24 February 2012

Sukan Prasekolah Zon Semantan



Aktiviti berlangsung di pada SK Seri Tualang pada 23 Feb 2012. Merupakan salah satu pengisian sempena Karnival Sains, Pendidikan Dan Jejak Inovasi Daerah Temerloh 2012. Permainan tradisional yang dipertandingkan ialah galah panjang dan susun tin.
Prasekolah SK Bandar Temerloh menghantar telah menghantar dua pasukan yang terdiri daripada 15 orang murid prasekolah.

Peserta Permainan Galah Panjang:
| Amer | Izwan | Harith | Putera | Haziqah | Farizuddin | Adlin | Aisyah |

Peserta Permainan Susun Tin
| Johan | Jebat | Farisha | Amzar | Syafieqa | Haziq | Adwa |

(Klik pada gambar untuk pembesaran)

Thursday 2 February 2012

Penghuni riang Pra Cemerlang 2012

Inilah wajah murid-murid Prasekolah Cemerlang tahun 2012. Semoga dapat melalui zaman prasekolah dengan gembira dan bermakna.