Monday 21 December 2020

Yuran Persekolahan Sessi 2021

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Makluman kepada ibu bapa penjaga.

๐Ÿ”ตBerikut adalah Senarai bayaran keperluan persekolahan 2021 bagi kelas Tahun 1-6,Pend.Khas ,KAFA dan Sumbangan PIBG .

๐ŸŸขMohon penjaga merujuk kepada lampiran berkaitan.

๐ŸŸ Sumbangan PIBG hanya 1 bayaran bagi 1 keluarga.

๐Ÿ”ตKeperluan KAFA  hanya bagi murid yang bersekolah KAFA di SKBT(petang)sahaja.

๐Ÿ”ดIbubapa/Penjaga perlu membuat bayaran secara online dan mengemukakan bukti traksaksi melalui link kelas anak-anak tuan/puan.

๐ŸŸ Bayaran kepada akaun PIBG sekolah  :
 *Bank Islam :* 
 *0602 8010 004090* 
 *Tetuan PIBG SK Bandar* *Temerloh* .

Pembayaran keperluan ini hendaklah dijelaskan *sebelum 31 Dis.* 2020,bagi memudahkan pengurusan pihak sekolah .

Sama-sama Kita mencegah risiko jangkitan Covid 19

Sekian ,harap maklum.

Pn.Hjh Jamaiah Binti Hj. Shamsuddin
Guru Besar
SKBT (integ).

Wednesday 16 December 2020

Pemohonan Penfaftaran Tahun Satu

MAKLUMAN PENTING DAN TINDAKAN SEGERA!!!

Permohonan Pendaftaran ke Tahun Satu bagi ambilan 2021 dan 2022 telah dilanjutkan oleh Pihak KPM sehingga 24 Dec 2020. Permohonan atas talian ini telah dilanjutkan kepada seluruh negeri di Malaysia (semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan).

Harap Maklum

Friday 4 December 2020

Pertandingan STEM Online Challenge Tahun 2020

Pertandingan STEM Online Challenge Tahun 2020

Johan Daerah Temerloh
- Hannah Syakirah Bt. Aidil Fazlin

Tahniah ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

#SKBTcemerlang

Keputusan E-Mahabbah Peringkat Kebangsaan

Pertandingan e-mahabah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan

Ke-5 - Bercerita Perempuan Sekolah Rendah
Nur Qisha Qaireena Binti Ahmad Fuzi
 
Tahniah ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

#SKBTCemerlang

Saturday 21 November 2020

Kuiz PBSM Daerah Temerloh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kuiz pengenalan PBSMM yang disediakan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Temerloh dan PPD Temerloh melalui penglibatan guru pemimpin SBPI Temerloh


Murid-murid kena lulus 25/30. Sijil akan dihantar melalui emel yang diberi.



Monday 9 November 2020

Kuiz Unit Beruniform

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Jemputan menyertai Kuiz Pasukan Badan Beruniform 2020.

 Berikut di sertakan Link untuk menyertai Kuiz Pasukan Badan Beruniform Tahun 2020 Sekolah-Sekolah Negeri Pahang (10 - 12 November 2020):
1. Kuiz PBB Sekolah Rendah (Tahap 2) 
 
2. Kuiz PBB Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)
 
3. Kuiz PBB Menengah Atas (4 dan 5)
 
https://sites.google.com/view/kuizpbbkpmpahang

*☝️LINK AKAN MULA DI AKTIFKAN JAM 9.00 PAGI PADA 10/11/2020 (SELASA) dan TAMAT PADA 12.00 MLM 12/11/2020 (KHAMIS)*

Pertanyaan: 
En. Wan Asma Izam bin Wan Mohd (0193381906)

Friday 30 October 2020

Digital Competency Score - Tapir Hero Space 2020

DCS atau Digital Competency Score adalah satu penilaian murid berasaskan "Gamefiction" untuk mengetahui kebolehan pelajar dalam TIGA aspek iaitu aspek Teknologi, Digital Citizenship dan Cognitive.

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah. Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; serta penilaian murid berasaskan keberhasilan, melaui salah satu initiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.


Penilaian ini dibuat khusus ke[ada murid-murid Tahun 6 SAHAJA. Penilaian ini berdasarkan permainan TAPIR HERO- Bring Back The Sun. Murid yang berjaya menghabiskan permainan ini akan diberikan sijil penyertaan seperti di bawah ini.



Sijil penyertaan ini boleh dicetak dan diserahkan kepada Guru Kelas selewat-lewatnya 20 November 2020. Buat pengetahuan semua, sijil ini boleh direkodkan ke dalam laporan PAJSK anda.

Panduan Murid (Log Masuk)
2. Di halaman utama, masukkan nombor MyKad/MyKid anda sebagai Nama Pengguna dan empat (4) digit nombor MyKad/MyKid anda sebagai Kata Laluan.
3. Klik LOGIN.

Mula Bermain & Menjawab
1. Klik PLAY.
2. Ikut arahan pada setiap skrin. Pastikan anda menjawab dan lengkapkan semua peringkat.
3. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Sunday 25 October 2020

Kerja Pembersihan Pejalan Kaki

Alhamdulillah. Kawasan pejalan kaki murid siap dibersihkan. ๐Ÿ’ž

TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat secara langsung dalam kerja pembersihan kali ini. ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Wednesday 21 October 2020

Tangguh perjumpaan kokurikulum

Assalamualaikum w.b.t

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :

Berpandukan surat KPM. 100-1/3/1 Jld. 3(92) bertarikh 21 Oktober 2020.
Penangguhan Program/ Aktiviti Sukan/Kokurikulum /Seminar /Bengkel serta Aktiviti Selain PDP Secara Bersemuka.

Maka dengan ini semua Aktiviti Kokurikulum di Peringkat Sekolah adalah DITANGGUHKAN.

Oleh yang demikian waktu pulang pelajar pada hari setiap HARI KHAMIS bermula esok adalah pada pukul 12.15 tengahari. 

Mohon semua guru kelas memaklumkan kepada semua penjaga untuk mengambil pelajar mengikut masa yg telah ditetapkan.

Sekian Terima Kasih.

Saturday 17 October 2020

BSN FINANCIAL LITERACY CO-CURRICULAR ACTIVITY

https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1823


How to join:

Step 1: Watch the Financial Literacy video.

Step 2: Answer the quiz and get more than 90% marks.

Step 3: Print the e-certificate.

Step 4: Submit the certificate to the school to get co-curricular marks.

Thursday 8 October 2020

Ujian PTL

Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Sek Ren.

Untuk makluman semua, mulai esokb(Khamis) murid Tahun 6 dan 5 akan bergilir-gilir menggunakan bilik komputer 2 utk menjawab soalan PKL (Pentaksiran Kompetensi dan Literasi) secara online.

Tempoh setiap murid menjawab 4 domain ialah 2 jam.

Tarikh akhir untuk sekolah kita menyiapkan soalan ini sehingga bulan November.
Harap maklum.

Wednesday 7 October 2020

Demonstrasi Menggosok Gigi

Jururawat Pergigian sedang membuat demonstrasi cara-cara menggosok gigi dengan betul.

๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜





Tuesday 6 October 2020

Keputusan Karnival E-Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Pasca Covid-19 Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2020

Keputusan Karnival E-Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Pasca Covid-19 Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2020

Nyanyian Solo Masalah Penglihatan (Rendah)
Muhammad Amirul Hadziq B. Zulkefli - Johan๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡

Gubahan Kreatif Masalah Pendengaran (Rendah)
Nur Farah Najwa Bt. Mohd Zakwan - Johan๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡

Gubahan Kreatif Masalah Pembelajaran (Rendah)
Mohamad Aqim Adam Shah B. Abdullah - Ketiga๐Ÿฅ‰๐Ÿฅ‰๐Ÿฅ‰

Seni Tari Masalah Pendengaran (Rendah)
SK Bandar Temerloh - Johan ๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡

Seni Tari Masalah Pembelajaran (Rendah)
SK Bandar Temerloh - Kedua๐Ÿฅˆ๐Ÿฅˆ๐Ÿฅˆ

Tahniah semua๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

Ujian Segak

Ujian SEGAK bagi Tahun 5 Brilliant dijalankan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan SOP.

UPKK 2019

Penyampaian Sijil UPKK 2019 kepada anak-anak KAFA SK Bandar Temerloh.

Sunday 4 October 2020

Learning Walk SK Bandar Temerloh

Pada Jumaat lepas, 1 kumpulan yang terdiri daripada guru-guru  SK Bandar Temerloh membuat
'Learning Walk' untuk Tahun 1 dan 2. Aspek yang disemak adalah Pembangunan Fizikal. Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh guru-guru.