SEJARAH SK BANDAR TEMERLOH



SEJARAH SEKOLAH

Dibuka pada 8 Januari 1950. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Temerloh Town.
Bangunan asalnya terletak di kawasan Kubang Gajah sekarang di pangkal Jambatan Temerloh. 

Pada peringkat awal pembukaannya hanya terdapat 5 orang guru dengan 149 orang murid sahaja. Guru Besar pada ketika itu ialah En. Mohd Sham B. Ali yang juga merupakan Guru Besar yang pertama.

Pada tahun 1982 bangunan baru telah dibina bagi menampung pertambahan bilangan murid. Pada tahun 1985 sebuah lagi bangunan baru dibina untuk murid tahun 5 dan 6 yang membolehkan sekolah ini menjadi sekolah satu sesi.

Pada 2 Disember 1992 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dibuka dengan 2 guru dengan 10 orang murid. 


SENARAI NAMA GURU BESAR SK BANDAR TEMERLOH

  1. En. Mohd Sham B. Hj Ali (8/1/1950 - 9/5/1951)
  2. En. Mohamad Tahar B. Hj. Ali (10/5/1950 - 7/9/1952
  3. En. Mohamad B. Tahir (8/9/1952-11/10/1958)
  4. En. Hassan B. Ariff (12/10/1958 - 3/7/1966)
  5. En. Harun B. Md Saman (4/7/1966 - 13/1/1979)
  6. En. Chong Teck Yin (14/2/1979 - 3/1/1983)
  7. En. Ishak B. Hj Hitam (4/1/1983 - 15/8/1985)
  8. Tn. Hj Sulaiman B. Hj Konit (16/8/1985 - 1991)
  9. En. Abu Bakar B. Muhamad (1991-1992)
  10. En. Jalil B. Muhammad
  11. Pn. Hjh. Norani Bt. Md. Yusoff
  12. En. Mohd Khadri B. Harith
  13. Tn. Hj. Riza B. Hj. Mohamad Shah (2003-2006)
  14. Tn. Hj. Azmi B. Hj. Muhammad (2006-2011)
  15. YM. Raja Ibrahim B. Raja Deraman (2011-2020)
  16. Pn. Jamaiah Bt. Shamsuddin (2020-2021)
  17. En. Murad B. Mohamad (2021 - Sekarang)