Saturday 20 October 2012

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SKBT 2012



Kejohanan berlangsung di Stadium Mini Temerloh pada 17 Okt 2012. Murid-murid mula berkumpul di stadium seawal jam 7.30 pagi. Antara acara yang dipertandingkan adalah 50m, 100m, 200m, 4 x 25m, 4 x 50m dan 4 x 100m untuk kategori yang berbeza.

Kejohanan dirasmikan oleh YDP PIBG SK Bandar Temerloh iaitu Tn. Hj Aminuddin B. Awang Derani.

Thursday 18 October 2012

Sukaneka Prasekolah


Berlangsung pada 16 Oktober lalu di Dataran Kejat, SK Bandar Temerloh. Melibatkan kedua-dua kelas dengan kehadiran murid yang sungguh memberansangkan. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Merah, Biru, Hijau dan Kuning.

Monday 1 October 2012

Trip Ke Kuala Gandah; Jom tengok gajah!


     Satu trip ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah telah berjaya dilaksanakan pada 26 September yang lalu. Seramai 53 orang murid dari Pra Gemilang, Pra Cemerlang dan Pra Khas Mutiara terlibat dengan lawatan ilmiah ini dan diiringi dengan 10 orang guru pengiring yang terdiri daripada guru dan staff SKBT. Terima kasih kepada semua guru pengiring yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai program yang dianjurkan oleh prasekolah.