Thursday 24 October 2013

Karnival Mini Futsal Dan Bola Jaring Zon Semantan

Karnival berlangsung selama 2 hari iaitu 22 dan 23 Oktober bertempat di Padang SK Bangau, Temerloh. Karnival disertai oleh lebih 30 buah pasukan untuk kedua-dua permainan iaitu bola sepak dan bola jaring.

Team Cilik dari SK Bandar Temerloh terdiri daripada 10 orang pemain bagi setiap permainan.
Tahniah kepada semua pemain cilik atas usaha gigih yang ditonjolkan dan terima kasih kepada guru-guru pengiring (Cik Adhaleeza, Pn. Norain, En. Shahrul Nizam dan En. Affendi)

Baca sepenuhnya untuk melihat gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang permainan (13 gambar)


Thursday 12 September 2013

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia



Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.



Monday 26 August 2013

Selamat Menghadapi UPSR 2013!

Kepada semua murid tahun 6, SKBT mengucapkan selamat menduduki UPSR untuk tahun 2013 yang akan berlangsung pada 10-12 September ini. Semoga anda dapat menghadapinya dengan tenang dan mencapai keputusan yang diimpikan.


Tuesday 2 July 2013

EVIDENS PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 3

Assalamualaikum.selamat bertemu kembali.Kali ini saya ingin berkongsi bahan evidens-evidens Pendidikan Islam tahun 3(bahagian 1).Evidens ini disertakan instrumen bagi menudahkan rakan-rakan guru memudahkan membuat pentaksiran.Dalam evidens ibadah 3,tajuk doa qunut dalam dokumen standard prestasi keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia(Mei 2012) tidak ada dalam band 4 tetapi dalam dokumen standard prestasi yang terkini(20 Disember 2012)tajuk doa qunut termasuk dalam band 4.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan rakan guru untuk membuat pentaksiran.In sha Allah bahagian 2 akan dimuat naik dalam masa terdekat.

IBADAH 1
IBADAH 2
IBADAH 3
AQIDAH

Permohonan Ke Prasekolah SK Bandar Temerloh 2014


Tuesday 25 June 2013

Poster Nilai-nilai Murni SKBT

     Selain daripada akademik, amalan nilai-nilai murni juga adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai ini tidak datang sendiri secara tiba-tiba apabila seseorang itu dewasa tetapi hendaklah dipupuk sejak kanak-kanak lagi. Ini berbeza dengan kemahiran-kemahiran intelektual yang boleh dipupuk meskipun di peringkat dewasa.

   Pihak sekolah seringkali memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai murni. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah nilai kerajinan dan bertanggungjawab. Amalan nilai kerajinan akan membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

   Muat turun poster nilai-nilai murni di bawah dengan menekan butang download di bawah. Poster ini bersaiz A4 dengan resolusi 2480x3508 (300dpi)  dan boleh diletakkan di kawasan-kawasan tumpuan.

Tekan butang DOWNLOAD di bawah untuk muat turun




Thursday 20 June 2013

Thursday 23 May 2013

BORANG PENTAKSIRAN KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Assalamualaikum Setelah berhempas pulas akhirnya borang pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah (KSSR)bagi mata pelajaran Pendidikan Islam untuk Tahun 3 telah siap.Diharap apa yang saya usahakan ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.Diharap tuan/puan dapat memberi komen atau cadangan supaya saya boleh membuat penambahbaikan.

BORANG INDIVIDU 2013
BORANG INDIVIDU JAWI
BORANG KELOMPOK 2013
BORANG TRANSIT

Monday 13 May 2013

Lawatan Ilmiah Ke Kuala Gandah 2013



 Lawatan pada 9 Mei 2013 disertai oleh ketiga-tiga kelas prasekolah SK Bandar Temerloh iaitu Pra Cemerlang, Pra Gemilang dan Pra Khas Mutiara dengan diiringi oleh 10 orang yang terdiri daripada guru dan ibu bapa. Aktiviti yang disertai oleh murid-murid termasuklah tayangan video dokumentari tentang gajah, pengalaman menyentuh dan memberi gajah makan, berkelah dan aktiviti mewarna.

Friday 22 March 2013

Rakaman Video Klip PBS

Rakaman untuk penghasilan video klip PBS SK Bandar Temerloh telah bermula sejak 25 Februari lalu. Rakaman bertempat di kelas-kelas termasuk kelas pendidikan khas dan masalah pembelajaran dan kawasan-kawasan dalam sekolah.

Video klip berdurasi sekitar 6 minit ini menghuraikan tentang pelaksanaan PBS di SK Bandar Temerloh yang telah dilaksanakan secara rasmi mulai tahun 1 pada tahun 2011.
Pihak produksi mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada semua guru SK Bandar Temerloh yang membantu menjayakan penghasilan video klip ini.

Monday 4 February 2013

Maulidur Rasul

Perarakan seluruh warga SK Bandar Temerloh sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 1 Februari lalu. Perarakan bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' itu disertai oleh semua murid bermula dari prasekolah hingga ke Tahun 6.