Showing posts with label Temerloh. Show all posts
Showing posts with label Temerloh. Show all posts

Tuesday, 13 May 2014

Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi


"Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi" telah diangkat sebagai tema bagi Sambutan Hari Guru-43 Tahun 2014.

Huraian Tema ini menurut KPM adalah:

  1. Pemilihan tema ini adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke 21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
  2. Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
  3. Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.
  4. Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.
  5. Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan memperkukuh amalan terbaik dalam pendidikan. 


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU SKBT 2014
























Thursday, 20 March 2014

Lawatan Ke Kid Zania



Prasekolah SK Bandar Temerloh dengan kerjasama Jawatankuasa Pewaris Prasekolah telah selamat menganjurkan lawatan pada 13 Mac 2014 yang lalu. Lawatan disertai oleh 36 orang murid prasekolah dari Pra Cemerlang dan Pra Gemilang. Lawatan ini turut disertai oleh kumpulan ibu seramai 13 orang. Bas bertolak pada pukul 8.00 pagi dan tiba kembali di sekolah pada pukul 6.30 petang. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan lawatan ini termasuklah Jawatankuasa Pewaris, semua guru pengiring, ibu bapa, dan para penaja yang bermurah hati menghulurkan sumbangan. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua murid-murid prasekolah yang menyertainya.


Monday, 26 August 2013

Selamat Menghadapi UPSR 2013!

Kepada semua murid tahun 6, SKBT mengucapkan selamat menduduki UPSR untuk tahun 2013 yang akan berlangsung pada 10-12 September ini. Semoga anda dapat menghadapinya dengan tenang dan mencapai keputusan yang diimpikan.


Tuesday, 25 June 2013

Poster Nilai-nilai Murni SKBT

     Selain daripada akademik, amalan nilai-nilai murni juga adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai ini tidak datang sendiri secara tiba-tiba apabila seseorang itu dewasa tetapi hendaklah dipupuk sejak kanak-kanak lagi. Ini berbeza dengan kemahiran-kemahiran intelektual yang boleh dipupuk meskipun di peringkat dewasa.

   Pihak sekolah seringkali memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai murni. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah nilai kerajinan dan bertanggungjawab. Amalan nilai kerajinan akan membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

   Muat turun poster nilai-nilai murni di bawah dengan menekan butang download di bawah. Poster ini bersaiz A4 dengan resolusi 2480x3508 (300dpi)  dan boleh diletakkan di kawasan-kawasan tumpuan.

Tekan butang DOWNLOAD di bawah untuk muat turun




Monday, 4 February 2013

Maulidur Rasul

Perarakan seluruh warga SK Bandar Temerloh sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 1 Februari lalu. Perarakan bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' itu disertai oleh semua murid bermula dari prasekolah hingga ke Tahun 6.


Thursday, 1 November 2012

Jom Berkebun


Akvitivi berkebun yang dikelolakan oleh Cik Anisah yang sedang menjalani latihan praktikum.

Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat ditunjukkan serba sedikit cara-cara berkebun, serta menanam minat anak-anak terhadap hobi berkebun serta cintakan alam semulajadi.  Anak-anak kecil pasti minat berkebun kerana inilah masanya dapat main tanah. Sekiranya aktiviti hanya terhad kepada dalam bilik darjah sahaja sudah pasti kanak-kanak akan berasa bosan.


Monday, 10 September 2012

Jamuan Aidilfitri Prasekolah



Jamuan Hari Raya Prasekolah bertempat di Prasekolah Cemerlang pada 6 September lalu. Terima kasih kepada semua tetamu yang terdiri dari warga kerja SK Bandar Temerloh yang hadir.

Wednesday, 8 August 2012

Di Sebalik Tabir: Fotografi Kelas Tahun 6

Aktiviti sepanjang Ramadan oleh Team Multimedia SKBT - Shoot gambar mengikut kelas pada waktu rehat. Giliran dimulakan dengan murid-murid Tahun 6 bersama dengan guru kelas masing-masing. Gambar mengikut kelas akan diupload kemudian.


Sunday, 5 August 2012

Malaysia Merdeka 55 tahun


ERTI KEMERDEKAAN

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.
   

Thursday, 2 August 2012

Prasekolah Cemerlang 2012

Wajah murid-murid Prasekolah Cemerlang tahun 2012 semasa di Bulan Januari dan yang terbaharu di Bulan Ogos.

Januari 2012


Ogos 2012

MAKLUMAT KELAS PRASEKOLAH CEMERLANG
(KLIK PADA LINK DI ATAS)

Saturday, 21 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA WARGA SK BANDAR TEMERLOH.


Friday, 13 July 2012

Menjejak Tokoh


Jika anda adalah orang yang kami cari, hubungi pada talian yang tertera atau email kami di skbt_blog@yahoo.com