Thursday 1 November 2012

Jom Berkebun


Akvitivi berkebun yang dikelolakan oleh Cik Anisah yang sedang menjalani latihan praktikum.

Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat ditunjukkan serba sedikit cara-cara berkebun, serta menanam minat anak-anak terhadap hobi berkebun serta cintakan alam semulajadi.  Anak-anak kecil pasti minat berkebun kerana inilah masanya dapat main tanah. Sekiranya aktiviti hanya terhad kepada dalam bilik darjah sahaja sudah pasti kanak-kanak akan berasa bosan.



Aktiviti terancang seumpama ini mampu membina kekuatan otot serta meningkatkan daya intuisi kanak-kanak.

Faedah lain aktiviti berkebun:
  1. Meningkatkan pengetahuan sains kanak-kanak.
  2. Menggalakkan interaksi sosial yang baik dan pembinaan akhlak yang positif.
  3. Memupuk kesedaran menghargai alam sekitar.
  4. Meningkatkan minat kanak-kanak untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan
  5. Menyumbang ke arah pembinaan sosioemosi yang mampu untuk menjadikan mereka seorang yang lebih berjaya di sekolah

Walaubagaimanapun aspek keselamatan dan kebersihan harus dititikberatkan ketika aktiviti ini. Contohnya memastikan alatan yang digunakan oleh kanak-kanak adalah selamat iaitu tidak tajam, bersaiz kecil, ringan dan kanak-kanak menggunakan sarung tangan serta membasuh tangan dengan menggunakan sabun antiseptik  sebaik selesai.











No comments:

Post a Comment