Friday 30 October 2020

Digital Competency Score - Tapir Hero Space 2020

DCS atau Digital Competency Score adalah satu penilaian murid berasaskan "Gamefiction" untuk mengetahui kebolehan pelajar dalam TIGA aspek iaitu aspek Teknologi, Digital Citizenship dan Cognitive.

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah. Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; serta penilaian murid berasaskan keberhasilan, melaui salah satu initiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.


Penilaian ini dibuat khusus ke[ada murid-murid Tahun 6 SAHAJA. Penilaian ini berdasarkan permainan TAPIR HERO- Bring Back The Sun. Murid yang berjaya menghabiskan permainan ini akan diberikan sijil penyertaan seperti di bawah ini.



Sijil penyertaan ini boleh dicetak dan diserahkan kepada Guru Kelas selewat-lewatnya 20 November 2020. Buat pengetahuan semua, sijil ini boleh direkodkan ke dalam laporan PAJSK anda.

Panduan Murid (Log Masuk)
2. Di halaman utama, masukkan nombor MyKad/MyKid anda sebagai Nama Pengguna dan empat (4) digit nombor MyKad/MyKid anda sebagai Kata Laluan.
3. Klik LOGIN.

Mula Bermain & Menjawab
1. Klik PLAY.
2. Ikut arahan pada setiap skrin. Pastikan anda menjawab dan lengkapkan semua peringkat.
3. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Sunday 25 October 2020

Kerja Pembersihan Pejalan Kaki

Alhamdulillah. Kawasan pejalan kaki murid siap dibersihkan. πŸ’ž

TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat secara langsung dalam kerja pembersihan kali ini. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Wednesday 21 October 2020

Tangguh perjumpaan kokurikulum

Assalamualaikum w.b.t

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :

Berpandukan surat KPM. 100-1/3/1 Jld. 3(92) bertarikh 21 Oktober 2020.
Penangguhan Program/ Aktiviti Sukan/Kokurikulum /Seminar /Bengkel serta Aktiviti Selain PDP Secara Bersemuka.

Maka dengan ini semua Aktiviti Kokurikulum di Peringkat Sekolah adalah DITANGGUHKAN.

Oleh yang demikian waktu pulang pelajar pada hari setiap HARI KHAMIS bermula esok adalah pada pukul 12.15 tengahari. 

Mohon semua guru kelas memaklumkan kepada semua penjaga untuk mengambil pelajar mengikut masa yg telah ditetapkan.

Sekian Terima Kasih.

Saturday 17 October 2020

BSN FINANCIAL LITERACY CO-CURRICULAR ACTIVITY

https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1823


How to join:

Step 1: Watch the Financial Literacy video.

Step 2: Answer the quiz and get more than 90% marks.

Step 3: Print the e-certificate.

Step 4: Submit the certificate to the school to get co-curricular marks.

Thursday 8 October 2020

Ujian PTL

Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Sek Ren.

Untuk makluman semua, mulai esokb(Khamis) murid Tahun 6 dan 5 akan bergilir-gilir menggunakan bilik komputer 2 utk menjawab soalan PKL (Pentaksiran Kompetensi dan Literasi) secara online.

Tempoh setiap murid menjawab 4 domain ialah 2 jam.

Tarikh akhir untuk sekolah kita menyiapkan soalan ini sehingga bulan November.
Harap maklum.

Wednesday 7 October 2020

Demonstrasi Menggosok Gigi

Jururawat Pergigian sedang membuat demonstrasi cara-cara menggosok gigi dengan betul.

😍😍😍





Tuesday 6 October 2020

Keputusan Karnival E-Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Pasca Covid-19 Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2020

Keputusan Karnival E-Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Pasca Covid-19 Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2020

Nyanyian Solo Masalah Penglihatan (Rendah)
Muhammad Amirul Hadziq B. Zulkefli - JohanπŸ₯‡πŸ₯‡πŸ₯‡

Gubahan Kreatif Masalah Pendengaran (Rendah)
Nur Farah Najwa Bt. Mohd Zakwan - JohanπŸ₯‡πŸ₯‡πŸ₯‡

Gubahan Kreatif Masalah Pembelajaran (Rendah)
Mohamad Aqim Adam Shah B. Abdullah - KetigaπŸ₯‰πŸ₯‰πŸ₯‰

Seni Tari Masalah Pendengaran (Rendah)
SK Bandar Temerloh - Johan πŸ₯‡πŸ₯‡πŸ₯‡

Seni Tari Masalah Pembelajaran (Rendah)
SK Bandar Temerloh - KeduaπŸ₯ˆπŸ₯ˆπŸ₯ˆ

Tahniah semuaπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

Ujian Segak

Ujian SEGAK bagi Tahun 5 Brilliant dijalankan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan SOP.

UPKK 2019

Penyampaian Sijil UPKK 2019 kepada anak-anak KAFA SK Bandar Temerloh.

Sunday 4 October 2020

Learning Walk SK Bandar Temerloh

Pada Jumaat lepas, 1 kumpulan yang terdiri daripada guru-guru  SK Bandar Temerloh membuat
'Learning Walk' untuk Tahun 1 dan 2. Aspek yang disemak adalah Pembangunan Fizikal. Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh guru-guru.

Thursday 1 October 2020

Pemantauan SPBT dari KPM

Alhamdulillah...
Terima kasih atas kerjasama semua guru-guru kelas terutamanya Cikgu Norain, Datin Suriya, Ustazah Sharifah Noor dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Hasil dari pemantauan SPBT oleh KPM pada hari ini, kita berjaya memperolehi 5 🌟🌟🌟🌟🌟.

Syabas dan Tahniah

#SKBTCemerlang