Friday 30 October 2020

Digital Competency Score - Tapir Hero Space 2020

DCS atau Digital Competency Score adalah satu penilaian murid berasaskan "Gamefiction" untuk mengetahui kebolehan pelajar dalam TIGA aspek iaitu aspek Teknologi, Digital Citizenship dan Cognitive.

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah. Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; serta penilaian murid berasaskan keberhasilan, melaui salah satu initiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.


Penilaian ini dibuat khusus ke[ada murid-murid Tahun 6 SAHAJA. Penilaian ini berdasarkan permainan TAPIR HERO- Bring Back The Sun. Murid yang berjaya menghabiskan permainan ini akan diberikan sijil penyertaan seperti di bawah ini.



Sijil penyertaan ini boleh dicetak dan diserahkan kepada Guru Kelas selewat-lewatnya 20 November 2020. Buat pengetahuan semua, sijil ini boleh direkodkan ke dalam laporan PAJSK anda.

Panduan Murid (Log Masuk)
2. Di halaman utama, masukkan nombor MyKad/MyKid anda sebagai Nama Pengguna dan empat (4) digit nombor MyKad/MyKid anda sebagai Kata Laluan.
3. Klik LOGIN.

Mula Bermain & Menjawab
1. Klik PLAY.
2. Ikut arahan pada setiap skrin. Pastikan anda menjawab dan lengkapkan semua peringkat.
3. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment