Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Ogos 2012 telah bersetuju supaya 16 dan
17 Ogos 2012 ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena
sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012 yang dijangkakan jatuh pada
hari Ahad, 19 Ogos 2012. Dengan ini semua pihak mempunyai tempoh masa
yang mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat
mengurangkan kesesakan jalan raya.
KPM dengan ini memberi kebenaran
kepada sekolah-sekolah untuk memohon cuti berganti melalui Pendaftar
masing-masing untuk kelulusan melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran
Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 bertarikh 9 Ogos 2012. Bagi tujuan
penyelarasan, pihak KPM mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan
pada 16 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 8 September 2012 manakala
cuti berganti persekolahan pada 17 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu,
22 September 2012.
Pihak
sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya
pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut
jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut.
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
No comments:
Post a Comment