Thursday, 1 November 2012
Jom Berkebun
Akvitivi berkebun yang dikelolakan oleh Cik Anisah yang sedang menjalani latihan praktikum.
Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat ditunjukkan serba sedikit cara-cara berkebun, serta menanam minat anak-anak terhadap hobi berkebun serta cintakan alam semulajadi. Anak-anak kecil pasti minat berkebun kerana inilah masanya dapat main tanah. Sekiranya aktiviti hanya terhad kepada dalam bilik darjah sahaja sudah pasti kanak-kanak akan berasa bosan.
Saturday, 20 October 2012
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SKBT 2012
Kejohanan berlangsung di Stadium Mini Temerloh pada 17 Okt 2012. Murid-murid mula berkumpul di stadium seawal jam 7.30 pagi. Antara acara yang dipertandingkan adalah 50m, 100m, 200m, 4 x 25m, 4 x 50m dan 4 x 100m untuk kategori yang berbeza.
Kejohanan dirasmikan oleh YDP PIBG SK Bandar Temerloh iaitu Tn. Hj Aminuddin B. Awang Derani.
Labels:
2012,
balapan,
kejohanan,
Prasekolah,
SK Bandar Temerloh,
SKBT,
sukan
Thursday, 18 October 2012
Sukaneka Prasekolah
Berlangsung pada 16 Oktober lalu di Dataran Kejat, SK Bandar Temerloh. Melibatkan kedua-dua kelas dengan kehadiran murid yang sungguh memberansangkan. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Merah, Biru, Hijau dan Kuning.
Monday, 1 October 2012
Trip Ke Kuala Gandah; Jom tengok gajah!
Satu trip ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah telah berjaya dilaksanakan pada 26 September yang lalu. Seramai 53 orang murid dari Pra Gemilang, Pra Cemerlang dan Pra Khas Mutiara terlibat dengan lawatan ilmiah ini dan diiringi dengan 10 orang guru pengiring yang terdiri daripada guru dan staff SKBT. Terima kasih kepada semua guru pengiring yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai program yang dianjurkan oleh prasekolah.
Labels:
2012,
gajah,
Kokurikulum,
Kuala Gandah,
Prasekolah,
SK Bandar Temerloh,
SKBT
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)


.jpg)