Monday, 9 November 2020

Kuiz Unit Beruniform

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Jemputan menyertai Kuiz Pasukan Badan Beruniform 2020.

 Berikut di sertakan Link untuk menyertai Kuiz Pasukan Badan Beruniform Tahun 2020 Sekolah-Sekolah Negeri Pahang (10 - 12 November 2020):
1. Kuiz PBB Sekolah Rendah (Tahap 2) 
 
2. Kuiz PBB Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)
 
3. Kuiz PBB Menengah Atas (4 dan 5)
 
https://sites.google.com/view/kuizpbbkpmpahang

*☝️LINK AKAN MULA DI AKTIFKAN JAM 9.00 PAGI PADA 10/11/2020 (SELASA) dan TAMAT PADA 12.00 MLM 12/11/2020 (KHAMIS)*

Pertanyaan: 
En. Wan Asma Izam bin Wan Mohd (0193381906)

Friday, 30 October 2020

Digital Competency Score - Tapir Hero Space 2020

DCS atau Digital Competency Score adalah satu penilaian murid berasaskan "Gamefiction" untuk mengetahui kebolehan pelajar dalam TIGA aspek iaitu aspek Teknologi, Digital Citizenship dan Cognitive.

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah. Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; serta penilaian murid berasaskan keberhasilan, melaui salah satu initiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.


Penilaian ini dibuat khusus ke[ada murid-murid Tahun 6 SAHAJA. Penilaian ini berdasarkan permainan TAPIR HERO- Bring Back The Sun. Murid yang berjaya menghabiskan permainan ini akan diberikan sijil penyertaan seperti di bawah ini.



Sijil penyertaan ini boleh dicetak dan diserahkan kepada Guru Kelas selewat-lewatnya 20 November 2020. Buat pengetahuan semua, sijil ini boleh direkodkan ke dalam laporan PAJSK anda.

Panduan Murid (Log Masuk)
2. Di halaman utama, masukkan nombor MyKad/MyKid anda sebagai Nama Pengguna dan empat (4) digit nombor MyKad/MyKid anda sebagai Kata Laluan.
3. Klik LOGIN.

Mula Bermain & Menjawab
1. Klik PLAY.
2. Ikut arahan pada setiap skrin. Pastikan anda menjawab dan lengkapkan semua peringkat.
3. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Sunday, 25 October 2020

Kerja Pembersihan Pejalan Kaki

Alhamdulillah. Kawasan pejalan kaki murid siap dibersihkan. 💞

TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat secara langsung dalam kerja pembersihan kali ini. 👏🏻👏🏻👏🏻

Wednesday, 21 October 2020

Tangguh perjumpaan kokurikulum

Assalamualaikum w.b.t

MAKLUMAN DAN TINDAKAN :

Berpandukan surat KPM. 100-1/3/1 Jld. 3(92) bertarikh 21 Oktober 2020.
Penangguhan Program/ Aktiviti Sukan/Kokurikulum /Seminar /Bengkel serta Aktiviti Selain PDP Secara Bersemuka.

Maka dengan ini semua Aktiviti Kokurikulum di Peringkat Sekolah adalah DITANGGUHKAN.

Oleh yang demikian waktu pulang pelajar pada hari setiap HARI KHAMIS bermula esok adalah pada pukul 12.15 tengahari. 

Mohon semua guru kelas memaklumkan kepada semua penjaga untuk mengambil pelajar mengikut masa yg telah ditetapkan.

Sekian Terima Kasih.