Friday, 2 April 2021

Pertandingan Mewarna dan Melukis Sempena Minggu Sains Negara 2021

Jom sertai...  Murid-murid SK Bandar Temerloh yang pandai mewarna...

PENGENALAN

Pertandingan mewarna diadakan bagi kanak-kanak di peringkat tadika dan sekolah rendah sempena Minggu Sains Negara 2021 yang bertemakan ‘Sains Untuk Kesihatan’ dan akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan sains bagi pembangunan modal insan serta membudayakan sains di kalangan rakyat Malaysia melalui pertandingan mewarna lukisan yang disediakan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Sebanyak lima (5) kategori dipertandingkan.

KETERANGAN

Peserta diminta mewarna lukisan yang disediakan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Lukisan ini boleh diperolehi di Facebook MYSA atau di ruangan Muat Turun Lakaran (Lukisan) di halaman ini.
Peserta hendaklah memuat turun lukisan tersebut bersaiz A4 dan mewarnakannya. Penggunaan pensel warna sahaja dibenarkan.
Peserta diminta untuk mengimbas (scan) atau mengambil gambar (snap) hasil karya dan kemukakan melalui Borang Pendaftaran (Klik). 
Hasil lukisan adalah menjadi hak milik penganjur. Keputusan juri/hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan/rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Wednesday, 3 March 2021

Permohonan Tahun 1 2022 dan 2023

Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2022 dan 2023.

Pendaftaran melalui Online di:-
https://public.moe.gov.my

Permohonan Prasekolah 2022

PEMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM SESI 2022

Permohonan secara dalam talian dan manual dibuka dari 1 Mac 2021 sehingga 31 Mei 2021.

Sila isi borang permohonan atas talian di link berikut:

http://eprasekolah.moe.gov.my 

Borang permohonan berserta dokumen berkaitan perlu di hantar  ke sekolah selewatnya 31 Mei 2021. 

Sebarang pertanyaan sila rujuk PPD berhampiran atau sekolah yang dimohon. 

Sekian, terima kasih.