Friday, 31 August 2012

Interaktif: Nombor Dalam Perkataan

Program Interaktif Prasekolah
Tajuk: Nombor dalam perkataan
Password: ilhamprasekolah

Screenshot program:


 



Klik butang DOWNLOAD di bawah untuk muat turun program

Friday, 10 August 2012

2012: Tahun 6

KELAS TAHUN 6 SESI 2012

CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA AIDILFITRI 2012

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Ogos 2012 telah bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos 2012 ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012 yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012. Dengan ini semua pihak mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
KPM dengan ini memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk memohon cuti berganti melalui Pendaftar masing-masing untuk kelulusan melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 bertarikh 9 Ogos 2012. Bagi tujuan penyelarasan, pihak KPM mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan pada 16 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 8 September 2012 manakala cuti berganti persekolahan pada 17 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 22 September 2012.

Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Wednesday, 8 August 2012

Di Sebalik Tabir: Fotografi Kelas Tahun 6

Aktiviti sepanjang Ramadan oleh Team Multimedia SKBT - Shoot gambar mengikut kelas pada waktu rehat. Giliran dimulakan dengan murid-murid Tahun 6 bersama dengan guru kelas masing-masing. Gambar mengikut kelas akan diupload kemudian.


Sunday, 5 August 2012

Malaysia Merdeka 55 tahun


ERTI KEMERDEKAAN

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.
   

Thursday, 2 August 2012

Prasekolah Cemerlang 2012

Wajah murid-murid Prasekolah Cemerlang tahun 2012 semasa di Bulan Januari dan yang terbaharu di Bulan Ogos.

Januari 2012


Ogos 2012

MAKLUMAT KELAS PRASEKOLAH CEMERLANG
(KLIK PADA LINK DI ATAS)

Wednesday, 1 August 2012

KPM: Program Amalan Terbaik dalam P&P Prasekolah 2012

Guru SKBT 1955 (Dikenali sebagai Sekolah Melayu Temerloh Town)

Inilah wajah-wajah guru SK Bandar Temerloh sesi 1955/56 yang pada ketika itu dikenali dengan nama Sekolah Melayu Temerloh Town. Legasi mereka menyumbang bakti dan jasa di sini diteruskan oleh generasi guru-guru selepas mereka dan kini oleh guru-guru SK Bandar Temerloh sekarang.


GURU BESAR ketika itu, En. Mohamed B. Tahir


Jasamu dikenang